Majlis perkahwinan ini di adakan pada bulan Ogos 2006, rumah pengantin perempuan di Kelana Jaya dan sebelah lelaki bertandang ke Taman Tun. Enjoy the pictures
Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran pada petang hari Jumaat, sehari sebelum pernikahan
Persiapan bakal pengantin, diikuti dengan ketibaan rombongan bakal pengantin lelaki untuk upacara akad nikah
Upacara akad nikah disusuli adat membatalkan air sembahyang
Pengantin perempuan bersama-sama hantaran dari pihak lelaki dan hantaran kepada pihak lelaki
Ketibaan pengantin lelaki disambut meriah. Majlis menepung tawar disusuli pula dengan majlis santapan dan upacara potong kek
Beberapa snapshot pengantin perempuan di bilik pengantin. Pengantin lelaki tidak ketinggalan bersama-sama merakamkan saat-saat indah.
Portrait kedua-dua ibu dan bapa pengantin perempuan dan keluarga.
Pengantin lelaki dan perempuan sedang bersiap-sedia untuk majlis menyambut di rumah pengantin lelaki di Taman Tun Dr Ismail. Ketibaan kedua mempelai yang kelihatan berseri-seri disambut sanak-saudara dan rakan-rakan
Majlis santapan beradab dan pose-pose istimewa dari kedua-dua pengantin baru.
Ibu dan bapa pengantin lelaki bersama keluarga. Turut disertai gambar sanak saudara dan sahabat handai.
Pengantin baru sempat bermesra bersama-sama di sebuah taman kecil yang terletak berhampiran. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..